PASUKAN dari Amerika, NRG, muncul juara VALORANT Champions 2025 selepas menewaskan Fnatic dari EMEA dengan keputusan 3–2 dalam perlawanan akhir yang sengit, kemenangan ini juga melakar sejarah buat pemain utama mereka, Ethan ‘Ethan’ Arnold yang menjadi pemain pertama memenangi trofi Champions dua kali.
Perlawanan bermula di peta Corrode, di mana NRG menunjukkan prestasi luar biasa, mereka hanya membenarkan Fnatic memenangi tiga pusingan sahaja, Brock ‘brawk’ Somerhalder tampil cemerlang dengan catatan 24/7/2, manakala Logan ‘skuba’ Jenkins turut membantu pasukan mengawal permainan dengan baik di bahagian pertahanan.
Di peta kedua, Lotus, Fnatic cuba bangkit tetapi NRG terus menekan dengan strategi agresif namun ‘mada’ menjadi wira apabila menggunakan kemahiran Raze dengan tepat untuk menggagalkan percubaan Fnatic dan NRG akhirnya menamatkan peta itu dengan kemenangan mudah 13–6.
Namun, Fnatic tidak mengalah, mereka bangkit di peta Abyss selepas hampir tewas 3–0, memenangi beberapa pusingan penting dan menolak perlawanan ke overtime, pemain muda mereka, ‘kaajak’ menunjukkan keberanian dan membantu Fnatic mengekalkan harapan dalam siri tersebut.
Fnatic meneruskan kebangkitan di peta Ascent apabila Alfajer beraksi kemas dengan 23 mata bunuh, walaupun NRG cuba melawan Fnatic tetap menutup permainan 13–8 untuk mengikat kedudukan 2–2 dan membawa permainan ke peta terakhir.
Di peta terakhir Sunset, NRG kembali menguasai permainan, Ethan yang mengetuai pasukan dengan persembahan hebat dan catatan 23/12/9, memastikan kemenangan 13–5 dan NRG sah bergelar juara dunia VALORANT 2025 dan menamatkan kejohanan dengan penuh bergaya.