HASRAT Aifa Azman menyertai adiknya, Aira dan ratu skuasy negara, S Sivasangari ke suku akhir Qatar Classic tidak kesampaian, apabila mengalami kecederaan akibat gegaran kepala, ketika menentang pemain Perancis, Melissa Alves di pusingan kedua, pagi semalam.
Kecederaan dialami Aifa itu berlaku pada set keempat, setelah dia mendahului lawannya 2-1 (11-9, 7-11, 11-7), dan terpaksa menarik diri pada kedudukan 2-2 (set keempat), selepas rebah dalam gelanggang ketika cuba mengembalikan pukulan.
Memurut jurulatih kebangsaan, Sharil Shahidan berkata, selepas kepala Aifa terhantuk pada lantai, pemain negara itu mahu meneruskan perlawanan namun doktor perubatan tidak membenarkannya.

Hasrat Aifa untuk bangkit di penras antarabangsa tersekat pula.
“Pasukan perubatan tidak benarkan Aifa bermain sekali gus, pengadil memutuskan kemenangan memihak Melissa dengan keputusan 3-2,” kata Sharil.
Tambah beliau, Aifa kemudian mendapatkan rawatan di hospital berdekatan dan pihaknya masih menunggu laporan perubatan daripada jurulatih yang mengiringi pemain negara di Doha.