KETUA jurulatih beregu lelaki negara, Herry Iman Pierngadi menegaskan penurunan prestasi pemain selepas Kejohanan Dunia adalah lumrah dan tidak menimbulkan kebimbangan.
Katanya, tiada satu pun beregu mampu menunjukkan peningkatan berterusan kerana setiap pemain pasti akan melalui fasa naik dan turun dalam karier mereka.
“Ya kalau menurut pengalaman saya, pasti semua player ada turun, ada naik, tak ada semua player naik terus, itu biasa,” katanya ketika ditemui selepas sesi latihan di Akademi Badminton Malaysia (ABM).
Herry mengakui prestasi Aaron-Wooi Yik menurun selepas Kejohanan Dunia kerana faktor rehat dan latihan yang tidak mencukupi berikutan jadual kejohanan terlalu padat.

Herry sudah lali dengan naik turun prestasi pemaim dan percaya, Aaron-Wooi Yik mampu bangkit.
Bagaimanapun beliau menegaskan situasi itu bukan masalah besar kerana fokus utama sekarang adalah memastikan pemain tidak terdedah kepada risiko kecederaan akibat kepenatan.
“Harapan saya mereka kembali bermotivasi selepas dua kejohanan kurang baik, dan semoga di Eropah nanti mereka mampu pamerkan semula prestasi terbaik,” tegas Herry.
Selepas tersingkir di suku akhir Kejohanan Dunia, gandingan negara yang berada di ranking dunia itu bungkus seawal pusingan pertama Terbuka Hong Kong dan separuh akhir Masters China.
Bagaimanapun, ada ura-ura yang mengatakan bahawa prestasi gandingan itu terjejas dek faktor luar gelanggang.