KEPUTUSAN di Sukan SEA Thailand, Disember ini, bukan ukuran sebenar kekuatan skuad badminton negara menjelang Piala Thomas.

Pengarah Kejurulatihan ABM, Rexy Mainaky menegaskan tahap persaingan kedua-dua kejohanan itu ibarat langit dan bumi.

Katanya, penyertaan di Sukan SEA lebih kepada membina semangat berpasukan, bukan menilai kemampuan teknikal pemain.

“Kita tak boleh anggap Sukan SEA sebagai gambaran kejayaan di Piala Thomas, tahapnya sangat jauh,” tegas Rexy.

Beliau menjelaskan, fokus utama kini ialah memastikan semangat pasukan terus kukuh menjelang saingan besar akan datang.

Rexy turut mengesahkan tiada perubahan pada senarai pemain yang akan ke Thailand.

Pemain perseorangan wanita, Tan Zhing Yi juga disahkan cergas untuk berlatih walaupun masih di bawah rawatan.

Mesyuarat khas bersama jurulatih dan Datuk Seri Lee Chong Wei akan diadakan bagi membincangkan hala tuju menuju Piala Thomas 2026.