Peminat Harimau Malaya kini boleh mendapatkan wajah baharu skuad negara selepas Puma memperkenalkan dua jersi rasmi bagi musim 2026/27.
Dua rekaan berkenaan merangkumi jersi utama dan jersi alternatif yang diumumkan menerusi semua platform rasmi Puma.
Untuk jersi utama, warna kuning kekal sebagai identiti utama dengan sentuhan garisan hitam melintang yang mencuri perhatian.
Rekaan tersebut turut mengimbau kembali gaya jersi Harimau Malaya yang pernah diperkenalkan Adidas pada era 1995 hingga 1997 serta 2001.

Berbeza dengan jersi utama, jersi tempat lawan tampil dengan warna biru gelap sebagai warna dominan, selain menampilkan corak tersendiri yang disesuaikan dengan konsep keseluruhan rekaan.
Kedua-dua jersi berkenaan menampilkan pendekatan visual berbeza, namun masih mengekalkan elemen warna yang sinonim dengan identiti skuad kebangsaan.
Peminat yang mahu mendapatkan jersi baharu Harimau Malaya boleh membuat pembelian menerusi laman sesawang Puma serta beberapa cawangan Puma dan Al-Ikhsan yang terpilih.
Jersi tersebut dijangka menjadi pilihan skuad negara apabila Malaysia memulakan kempen FIFA ASEAN Cup yang dijadual berlangsung pada penghujung bulan ini.
Dengan rekaan baharu itu, Harimau Malaya bakal tampil dengan penampilan berbeza ketika meneruskan cabaran di pentas antarabangsa bagi musim 2026/27.