Kredit Gambar: ANDREW CABALLERO-REYNOLDS/AFP

Malaysia menambah satu lagi koleksi pingat di Sukan Asia Aichi-Nagoya 2026 apabila gandingan Ong Ker Ying-Lee Yiat Qing meraih gangsa dalam acara 3 meter papan anjal seirama wanita di Tokyo Aquatics Centre.

Ker Ying dan Yiat Qing mengumpul 243.72 mata menerusi lima terjunan untuk menempatkan Malaysia di kedudukan ketiga.

Gandingan China, Chen Yi Wen-Chen Jia mendominasi saingan untuk meraih emas selepas mengumpul 328.56 mata.

Pingat perak pula menjadi milik pasangan Korea Selatan, Kim Su Ji-Kim Nah Yun dengan kutipan 254.70 mata.

Gangsa itu turut menjadi pingat kedua Malaysia dalam acara terjun di Aichi-Nagoya selepas Yong Rui Jie-Nurqayyum Nazmi Nazim terlebih dahulu menaiki podium dalam acara 3 meter papan anjal seirama lelaki pada hari sebelumnya.

Yong Rui Jie dan Nurqayyum Nazmi turut mengakhiri saingan di tempat ketiga dengan 345.81 mata untuk menyumbang gangsa pertama negara dalam acara terjun pada temasya kali ini.

Kejayaan Ker Ying-Yiat Qing menjadikan Malaysia kini mengumpul lapan pingat gangsa sepanjang saingan Sukan Asia Aichi-Nagoya 2026.