KETUA Jurulatih Harimau Malaya Kim Pan-gon menyifatkan ranking bukanlah kayu pengukur terhadap prestasi semasa skuad kebangsaan.
Jelasnya, dia ingin melihat reaksi dan kemampuan pemain muda dalam kejohanan tersebut ketika turun menentang pasukan yang memiliki ranking di kelompok 100 terbaik dunia.
Selain ingin melihat kemampuan pemain muda dalam aksi King’s Cup, jurulatih dari Korea Selatan itu memilih pemain berdasarkan karakter individu yang menarik dan berkeupayaan menjelmakan sesuatu yang menarik.

Muhammad Rahadiazli Rahalim ketika menjalani sesi latihan bersama skuad kebangsaan di Wisma FAM, Kelana Jaya
“Ia adalah peluang yang baik untuk kita. Ranking tidak menggambarkan keadaan terkini pasukan kebangsaan. Kita tidak tahu. Sekarang kita cuba meningkatkan ranking. Ia tidak bermakna kita lemah atau mereka kuat.
“Ia bagus untuk melihat tahap kita di mana samada mampu bersaing bersama pasukan yang mempunyai ranking atas 100 atau tidak.
“Saya ingin gunakan peluang pada King’s Cup ini untuk melihat pemain-pemain muda dan beberapa pemain yang saya kenal tetapi saya tidak berjaya mendapatkan beberapa khidmat pemain tersebut kerana kecederaan.

Kim Pan-gon memerhati latihan anak buahnya menjelang King’s Cup di Wisma FAM, Kelana Jaya
“Di bangku simpanan, kita ada beberapa pemain yang memiliki kemampuan luar biasa. Saya sangat berminat untuk melihat aksi pemain muda dan bagaimana reaksi mereka.
“Saya ingIn melihat reaksi mereka, kita kelihatan begitu kuat. Kita akan lihat ke hadapan dan beraksi dengan baik.
“Ramai pemain yang saya gagal dapatkan di atas sebab kecederaan dan posisi mereka dalam perlawanan kompetitif. Apabila saya melihat mereka, saya memilih karakteristik, ia sangat penting. Meskipun dia bermain beberapa minit tetapi, saya melihat karakter yang menarik,” ujarnya ketika ditemui media sebelum mula sesi latihan di Wisma FAM, Kelana Jaya pada Jumaat.