FOTO : MSN MALAYSIA
BAHANG Sukan Sea 2023 semakin dirasai dan segala persiapan giat dilakukan pasukan negara.
Tidak terkecuali pasukan kriket Malaysia yang menjalani sesi latihan di Bayuemas Sports and Events Complex, Pandamaran, Klang.
Kontinjen Malaysia bakal beraksi di Kemboja bermula pada 29 April hingga 16 Mei 2023 bertempat di AZ Group Cricket Oval, Hun Sen Boulevard, Kemboja.




