PASUKAN PT Athletic FC sedar lawan mereka pada minggu kelima Liga A1 Semi-Pro MBSB Bank Championship 2024-2025, Imigresen FC bukanlah lawan yang mudah serta dibarisi pemain yang berkaliber.

Ketua jurulatih, Nazrulerwan Makmor menjelaskan bahawa mereka menghormati Imigresen FC sebagai juara bertahan namun tetap akan memberikan saingan untuk membawa pulang tiga mata penuh.

“Semestinya kelebihan berada pada pasukan Imigresen kerana mereka adalah juara bertahan dan kami menghormati mereka yang dibarisi pemain-pemain berkaliber serta berpengalaman.

Nazrulerwan mahu pemain teruskan aksi menyerang ketika berdepan Imigresen FC

“Persediaan kami cukup baik minggu ini dan akan hadir sebagai ‘underdog’ namun kami akan terus bermain permainan kami iaitu menyerang bagi memastikan kami berjaya membawa pulang tiga mata penuh.

“Dalam masa yang sama, pasukan kami perlu berwaspada dan berdisiplin ketika bertahan kerana lawan mempunyai seorang penyerang yang bagus iaitu penjaring terbanyak ketika ini, Thankgod Michael,” katanya ketika dihubungi FLASH SUKAN.

Bekas pengendali Kelantan United itu juga mahu para penyokong membanjiri Stadium UKM kerana tahu ini adalah perlawanan yang menjadi tumpuan para peminat bola sepak tempatan.

Perlawanan tumpuan minggu kelima Liga A1 Semi-Pro MBSB Bank Championship 2024-2025

“Ini adalah perlawanan yg dinanti-nantikan oleh semua para peminat dan penyokong bola sepak tempatan. Kami mengharapkan para penyokong hadir nemberi sokongan kepada pasukan pada perlawanan tumpuan ini,” jelasnya.

PT Athletic kini ditangga kelima Liga A1 Semi-Pro selepas tiga perlawanan dengan tujuh mata dan akan turun dalam misi mencari tiga mata dan mengekalkan rekod tanpa kalah setakat ini.