BEREGU lelaki negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik berjaya menempah tiket ke separuh akhir Kejohanan Badminton Asia 2024.
Beregu utama nombor satu negara itu berjaya mengatasi beregu lelaki No. 8 dunia dari China, Liu Yuchen dan Ou Xuangyi di peringkat suku akhir hari ini.
Set pertama menyaksikan beberapa kesilapan yang dilakukan oleh beregu China itu sekaligus membuka ruang kepada Aaron-Wooi Yik untuk mengungguli set pertama dengan keputusan 21-14.
RESULTS: #BAC2024
R16#MAS🇲🇾 Aaron Chia-Soh Wooi Yik(4) def. #JPN🇯🇵 Kenya Mitsuhashi-Hiroki Okamura 21-18 14-21 21-14
📷 @badmintonphoto#GemilangkanLagi #DemiMalaysia #BadmintonMalaysia pic.twitter.com/n0734k8b4N
— BAM (@BA_Malaysia) April 11, 2024
Set kedua pula menyaksikan Yuchen-Xuangyi cuba bangkit dengan sokongan penyokong China yang hadir namun beregu negara mampu mengekalkan momentum dari set pertama sebelum meraih kemenangan 21-15.
Aaron Chia dan Soh Wooi Yik akan menantikan keputusan antara satu lagi wakil negara, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin dengan wakil Taiwan, Lee Yang dan Wang Chi-lin sebagai lawan di separuh akhir esok.