AARON Chia-Soh Wooi Yik menarik nafas lega selepas melepasi cabaran sukar pusingan pertama Seluruh England di Birmingham apabila menewaskan pasangan campiran Taiwan-Amerika Syarikat, Chen Zhi Yi-Presley Smith.

Beregu lelaki utama negara itu mencatat kemenangan 21-17, 21-17 dalam tempoh 38 minit namun dipaksa bekerja keras berdepan tentangan sengit lawan yang mempamerkan corak permainan agresif.

Wooi Yik mengakui lawan lebih konsisten terutama pada mata krusial di penghujung kedua-dua set sehingga hampir menggugat rentak permainan mereka.

“Mereka sangat konsisten pada empat mata penting di penghujung set pertama dan kedua serta memberi tekanan melalui pukulan jaring dan tiga pukulan pertama,” katanya kepada Persekutuan Badminron DunIa (BWF).

Menurut Wooi Yik, mereka agak lambat menyesuaikan diri pada awal permainan kerana kurang fokus terhadap tiga pukulan pertama yang menjadi kekuatan pasangan lawan.

“Gaya permainan mereka juga mempunyai banyak variasi dan sukar diramal, tambahan pula pemain dari Taiwan itu mempunyai smash yang cukup bertenaga,” katanya.

Man Wei Chong-Tee Kai Wun turut melanglah ke pusingan seterusnya.

Aaron pula menyifatkan keadaan gelanggang tidak menjadi masalah buat mereka memandangkan sudah biasa beraksi di Utilita Birmingham sejak beberapa tahun lalu.

Arif Junaidi-Yap Roy King bertarung 3 set.

“Bagi saya semuanya baik kerana kami sudah bermain di sini beberapa kali dan sudah biasa dengan suasana gelanggang,” katanya.

Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani mempamerkan permainan kemas di pusingan pertama Seluruh England.

Selain Aaron-Wooi Yik, tiga lagi beregu lelaki negara yang beraksi lewat malam tadi, turut melangkah ke pusingan kedua apabila Man Wei Chong-Tee Kai Wun menewaskan Lee Fang Chih-Lee Fang Jen 21-17, 21-16, Arif Junaidi-Yap Roy King menundukkan Daniel Lundgaard-Mads Vestergaard 21-19, 18-21, 21-18 serta Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani mengatasi Kakery Kumagai-Hiroki Nishi 21-10, 21-15.