TUAH ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu. Itulah rezeki penyokong setia Harimau Malaya, Derrick Gan, 30, apabila mendapat ‘durian runtuh’ daripada pemain negara, Faisal Halim pada Ahad.
Menerusi akaun pengguna Instagram (IG) Danial Mazalan menjelaskan, Faisal mencari Derrick untuk menghadiahkan motosikal baharu selepas lelaki tersebut menjual motosikalnya bagi mendapatkan dana ke Qatar.
“Saya sebagai duta daripada blast.active , inilah duit permulaan awal saya dapat dari Blast. Saya sebagai pemain memang orang kata terharu dan teruja agak sedih sebenarnya melihat awak menangis,” kata pemain Selangor FC itu.
Terdahulu, reaksi Derrick yang digelar ‘Abang rambut perang’ menangis selepas Malaysia beroleh gol kedua menerusi sepakan penalti Arif Aiman Hanapi menghadirkan rasa sebak dalam kalangan penyokong negara yang turut berkongsi rasa sama ketika menyaksikan aksi terakhir Kumpulan E itu.
Pemuda berusia 30 tahun dari Bandar Hilir, Melaka itu dikatakan mengambil keputusan melepaskan motosikalnya pada harga RM4,500 untuk mencari dana bagi membolehkannya terbang ke Qatar.
ARTIKEL BERKAITAN : “Ini definisi kebahagian buat saya…”, Derrick akui terima tawaran motor percuma