SELAIN aksi 90 minit perlawanan, penampilan bekas bintang Real Madrid, Jese Rodriguez bersama Johor Darul Ta’zim (JDT) dalam Liga Juara-Juara AFC Elit (ACLE) turut meraih perhatian.
Penyerang berusia 31 tahun itu telah menyertai pasukan JDT sebagai ejen bebas pada 5 Oktober lalu, sekali gus ingin membuktikan bahawa kehadirannya dapat memperkuatkan lagi skuad Harimau Selatan.
Namun, dalam situasi hampir setahun tidak bermain setelah meninggalkan pasukan lamanya dari Brazil, Coritiba pada Januari 2024, Rodriguez perlu berusaha keras dalam memulihkan tahap mental dan fizikalnya untuk merebut kembali kesebelasan utama.
Mungkin selepas itu, ia dapat membuka peluang Rodriguez untuk ditempatkan dalam skuad utama sekali gus menambat hati ketua jurulatih JDT, Hector Bidoglio.
Beraksi lebih kurang empat minit sebelum wisel penamat dibunyikan, Rodriguez berjaya membuat penampilan pertama dalam saingan ACLE apabila dimasukkan sebagai pemain gantian pada minit ke-86.
Namun, kehadirannya tidak dapat menghalang Gwangju FC daripada meraih kemenangan 3-1 ke atas JDT pasa aksi petang Selasa. Dua gol Jasir Asani dan gol sendiri Park Jun-heong memastikan tiga mata milik pasukan Korea Selatan itu.
Sementara gol tunggal yang diraih JDT telah dijaringkan oleh pemain tempatan sendiri, Feroz Baharudin pada separuh masa pertama.