BINTANG Argentina, Lionel Messi melakar sejarah apabila dinobatkan anugerah Ballon d’Or 2023 pada Isnin.

Messi yang meraih gelaran itu buat kali kelapan selepas menewaskan Erling Haaland dan Kylian Mbappe dari anugerah itu menjadi perdebatan ramai sama ada dia layak mendapatkannya atau hanya kerana prestasinya sebagai kapten Argentina yang berjaya memenangi Piala Dunia 2022.

Namun, ada yang mengesyaki Messi memenangi anugerah tersebut kerana beliau menjadi kegemaran ramai dan kemungkinan ia akan menjadi kali terakhir beliau boleh memenangi anugerah itu.

Walau bagaimanapun, Henry Winter dari The Times telah menyatakan bahawa undiannya untuk Messi bukanlah atas dasar ‘nostalgia’, tetapi disebabkan oleh prestasi cemerlang bintang Inter Miami itu.

 

Sepanjang kerjayanya, Messi tidak pernah memenangi apa-apa dengan pasukan kebangsaannya dan dirinya mengatasi perkara tersebut dengan mencipta rekod memenangi Copa America pada 2021 sebelum Piala Dunia pada Disember lalu.

Winter dalam sebuah akhbar berkata dalam menilai dan memilih Ballon d’Or, tidak dapat dielakkan bahawa banyak tumpuan diberikan kepada kejayaan dalam Liga Juara-Juara dan dalam pertandingan-pertandingan lain.

Menurut Winter, Messi adalah peserta yang paling berkesan dalam pertandingan yang paling penting dalam sukan dan beliau memilih Erling Haaland dari Manchester City sebagai kedua dan Mbappe dari Paris Saint-Germain (PSG) sebagai calon ketiga selepas mengemukakan nama Messi untuk gelaran tersebut.

Image

“Saya memberi tempat kedua, dan empat mata, kepada Haaland, yang menjaringkan gol (52) dan memenangi trofi (treble) dalam skala industri bagi Manchester City yang mengagumkan dan pemain terbaik PFA di England,” katanya.

Walau bagaimanapun, bekas pemain PSG, Jerome Rothen menyifatkan kemenangan Messi adalah ‘memalukan’ dan berpendapat bahawa Haaland lebih layak menerima anugerah tersebut.