Foto: AFC
KONFEDERASI Bolasepak Asia (AFC) mengumumkan empat negara yang berminat untuk membida sebagai hos Piala Asia 2023.
Menurut kenyataan AFC pada Isnin, pihaknya telah menerima Expressions of Interest (EoI) daripada empat negara yang merupakan AFC Member Association (MAs) untuk menjadi hos final Piala Asia 2023.
Antara empat buah negara tersebut adalah Australia, Indonesia, Korea Selatan dan Qatar.
Bagi melengkapkan proses bidaan ini, AFC telah menyerahkan Bidding Regulations kepada MAs pada 17 Jun lalu dan perlu menyerahkan dokumentasi bidaan pada tarikh akhir 31 Ogos ini.
Segala penilaian akhir permohonan bidaan sebagai hos ini akan dibuat oleh Pentadbiran AFC dan pengumuman rasmi hos untuk 24 pasukan yang akan bertanding akan dibuat pada 17 Oktober 2022 oleh Jawatankuasa Eksekutif AFC.