SEGELINTIR peminat pasukan kebangsaan Sepanyol memanggil Luis de la Fuente dengan nama gelaran sebagai ‘botak’. Kata-kata ini nampaknya menyinggung perasaan jurulatih La Furia Roja.

Sepanyol berjaya membawa pulang trofi UEFA Nations League 2023 selepas menewaskan Croatia menerusi penentuan sepakan penalti minggu lalu.

Ini adalah trofi Liga Negara-Negara UEFA pertama untuk pasukan kebangsaan Sepanyol. Pemain pasukan Matador meraikan gelaran di Pusat WiZink, Madrid.

Insiden itu berlaku ketika pemain tengah pasukan kebangsaan Sepanyol, Gavi, sedang membuat ucapan. Peminat dari kota Madrid menyanyikan lagu-lagu anti-Barcelona ke arah pemain berusia 18 tahun itu.

Turut tidak terkecuali, Luis de la Fuente. Sesetengah peminat memanggil jurulatih berusia 58 tahun itu ‘botak’, merujuk kepada kepala botak De la Fuente.

Tindakan peminat itu ternyata membuatkan De la Fuente berang. Baginya, peminat perlu belajar menghormati orang lain terutama di tempat awam.

“Mereka kelihatan tidak bagus, tetapi perkara ini mengganggu saya. Sikap biadap dan kurang hormat mengganggu saya.

“Itu selalu berlaku di tempat-tempat seperti ini, sedikit menjejaskan suasana bagi kebanyakan orang. Ada bunyi magis, tetapi perkara ini patut dipersoalkan dan dilaporkan.

“Apa yang akan berlaku jika, sekejap dipanggil botak, mereka mengatakan sesuatu tentang warna kulit saya? Saya botak dan saya gembira dengan itu. Orang ramai perlu dididik untuk menghormati antara satu sama lain,” kata De la Fuente, dipetik Sportskeeda.