AKSI separuh akhir pertama Liga M3 2022 musim ini boleh dianggap antara yang paling menarik dan sengit kerana bakal menampilkan empat pasukan terbaik.
Ia selepas Kuala Lumpur Rover FC, BRM FC, PIB FC dan Imigresen FC berjaya melepasi halangan suku akhir yang telah berlangsung pada minggu lepas.
Debaran kini kian terasa apabila mereka bakal berentap dan berjuang habis-habisan di perlawanan separuh akhir pada Ahad malam.
Justeru, KL Rovers dan PIB FC yang akan bermain di gelanggang sendiri terlebih dahulu perlu sekurang-kurangnya memastikan mereka tidak dibolosi bagi mengelak BRM FC dan Imigresen mendapat sebarang bekalan untuk aksi kedua nanti.
Buat penyokong, jangan lupa hadir dan memenuhi Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Cheras dan Stadium UiTM Shah Alam yang siap sedia menanti anda !
Perlawanan timbal balas dijadual diadakan semula pada 11 September ini.