ANAK kedua kepada pemain Johor Darul Ta’zim (JDT), Nazmi Faiz Mansor, dilaporkan meninggal dunia padai Sabtu.
Berita sedih itu dikongsikan oleh Nazmi Faiz sendiri menerusi Instagram Story miliknya, di mana Nazmi memaklumkan bahawa anak perempuannya yang kedua, Maira Maliyqa, telah pergi menghadap Ilahi pada jam 10.55 pagi.
“Innalillahi wa inna Ilaihi Rajiun, pada jam 10.55 pagi, bayi kami, Maira Maliyqa binti Muhammad Nazmi Faiz, telah kembali ke rahmatullah.
“Mohon didoakan Al-Fatihah buat puteri kami,” tulisnya di Instagram story.
Namun, pemain kebangsaan Harimau Malaya ini tidak menyatakan punca sebenar pemergian anak keduanya.
Kehilangan Maira Maliyqa pastinya memberi kesan yang mendalam kepada keluarga dan juga peminat di seluruh negara.
Di tengah kesedihan ini, ramai yang memberikan kata-kata sokongan dan doa untuk Nazmi Faiz serta keluarganya agar tabah menghadapi ujian ini.