KONFEDERASI Bola Sepak Asia (AFC) hari ini mengesahkan bahawa Persatuan Bola Sepak Arab Saudi (SAFF) sebagai tuan rumah peringkat akhir Liga Juara-Juara AFC Elite bagi musim 2024/25 dan 2025/26
Liga Juara-Juara AFC Elite yang diperkenalkan bermula musim hadapan bakal menyaksikan 24 kelab teratas Asia akan bertanding dalam dua kumpulan 12 pasukan Zon Barat dan Timur mengikut format ‘home and away’ untuk merebut tempat ke peringkat 16 terbaik dengan lapan pemenang akan layak ke peringkat akhir.
Ini adalah perubahan paling drastik yang diperkenalkan AFC dalam pertandingan kelab dan peringkat akhir yang melibatkan aksi Suku Akhir, Separuh Akhir dan Akhir akan dilangsungkan secara kalah mati di Arab Saudi.
Peringkat akhir Liga Juara-Juara AFC Elite 2024/25 itu dijadualkan antara 25 April hingga 4 Mei 2025 dengan pemenang bakal membawa pulang wang kemenangan terbesar dalam sejak USD12 juta.
Wang kemenangan ini adalah tiga kali ganda berbanding USD4 juta yang diperolehi pemenang Liga Juara-Juara AFC ketika ini dengan kelab yang tewas di final juga akan menerima habuan sebanyak USD 6 juta berbanding USD 2 juta ketika ini.
Pada 12 September 2023, AFC telah membuka bidaam hak tuan rumah kepada mana-mana MA yang berminat untuk menganjurkan peringkat akhir Liga Juara-Juara AFC Elite dengan tempoh penganjuran minimum dua musim.
Pada awalnya, Persatuan Bola Sepak Iraq dan Arab Saudi melakukan bidaan sebelum tarikh tutup pada 15 Oktober 2023 dan Arab Saudi dipilih kerana mempunyai infrastruktur yang lebih baik selain mempunyai liga yang semakin mendapat perhatian pemain dari seluruh dunia.
Johor Darul Ta’zim (JDT) akan menjadi wakil tunggal Malaysia di kejonanan elit kelab Asia ini selepas layak menerusi tiket juara Liga Super 2023 dan akan bertanding bersama 11 lagi kelab elit dari Asia Timur dengan lapan perlawanan peringkat kumpulan akan dilangsungkan.