BIARPUN tiada harapan disandarkan, namun Arif Junaidi-Yap Roy King tetap menampilkan permainan terpuji ketika menyingkir pasangan nombor 4 dunia, Kim Astrup-Anders Rasmussen di pusingan pertama Terbuka Hong Kong.

Pasangan negara itu mengetepikan kelebihan rekod pertemuan 2-0 dimiliki gandingan Denmark, dengan permainan drive berdisiplin tinggi, sebelum mencapai kemenangan 21-19, 23-21 dalam masa 43 minit untuk mengesahkan slot di pusingan kedua, pada Khamis.

Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani terpaksa bertarung hampir satu jam.

Mereka bakal berdepan sama ada rakan senegara, Choong Hon Jian-Muhammad Haikal Nazri atau pasangan veteran Korea Selatan, Kim Gi Jung-Kim Sa Rang yang hanya akan beraksi di pusingan pertama esok (Rabu).

Menepati ramapan, pilihan kedua beregu lelaki, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani yang mengatasi beregu China, Xie Haonan-Zeng Wei Han 21-12, 11-21, 21-19 dalam masa 51 minit.

Mereka akan ditentang pasangan Taiwan, Lee Fang Chih-Lee Fang Jen dari Taiwan di pusingan kedua, pada Khamis.

Turut menempah slot ke pusingan kedua, ratu badminton negara, Pearly Tan-M Thinaah yang tifak berdepan masalah mengatasi gandingan tuan rumah, Chu Wing Chi-Yu Yi Kiu 21-9, 21-9, (25 minit).

Mereka menanti pemenang perlawanan antara Chen Qing Chen-Keng Shu Liang (China) atau Febriana Dwipuji Kusuma-Meilysa Trias Puspitasari (Indonesia).

Turut lolos ke pusingan berikutnya, Go Pei Kee-Teoh Mei Xing yang turut menewaskan pemain Hong Kong, Fan Ka Yan-Yau Mau Ying dengan keputusan 21-15, 17-21, 21-17 dalam pertarungan hampir satu jam.