HASRAT Arsenal mengukuhkan lagi tempat di persada Liga Perdana Inggeris terbantut, selepas seri tanpa jaringan dengan Newcastle.
Keputusan itu menyaksikan The Gunners membuka peluang buat Manchester City dalam perebutan gelaran juara liga, biarpun pasukan bimbingan Pep Guardiola itu keciciran mata awal minggu ini.
Skuad bimbingan Mikel Arteta itu berjaya dikekang Magpies pada babak pertama dan situasi itu berterusan pada babak kedua.

Bukayo Saka dan Dan Burn terlibat dalam perebutan bola di Emirates.(Photo by GettyImages
Eddie Nketiah berpeluang menjaringkan gol kemenangan Arsenal pada minit akhir perlawanan namun, namun cubaannya dari jarak dekat itu gagal memperdaya penjaga gawang Magpies, Nick Pope, sekali gus kedua-dua pasukan terpaksa berkongsi satu mata.
Perlawanan antara pendahulu liga dan penghuni tangga ketiga itu membuktikan Arsenal terlepas beberapa peluang berharga, namun turut dicemari kontroversi keputusan pengadil.

Granit Xhaka, antara pemain diberi amaran oleh pengadil Andy Medley kerana mempertikai keputusan pengadil di babak pertama.
Namun, tidak boleh dinafikan kedua-dua pasukan mempunyai pertahanan paling kental musim ini, apabila Newcastle sekadar melepaskan 11 gol manakala Arsenal 14, dua angka bolos paling rendah musim ini.
Keputusan itu menyaksikan Arsenal kekal di tangga teratas dengan 44 mata, manakala Newcastle ketiga dengan 35 mata, satu mata di belakang Manchester City. – Agensi