PEMINAT Everton menyelar pemain, pengurusan dan pemilik kelab itu, selepas berang dengan kekalahan memalukan 1-4 kepada Brighton, di tempat sendiri.

Pegurus, Frank Lampard menyuarakan kekecewaannya selepas pasukan menjedi belasahan Seagulls di laman sendiri, ketika penyokong melaungkan ‘pecat ahli lembaga’.

Nampaknya, Lampard kini menjadi antara pengurus Liga Perdana Inggeris yang hangat diperkatakan bakal dipecat ketika Blues terpaksa menghuni tangga ke-16 liga, hanya satu mata di atas zon penyingkiran.

Masa depan Frank Lampard di Goodison Park, nampaknya semakin kelam.

Pada perlawanan itu, Kaoru Mitoma meletakkan Brighton di depan pada minit ke-14, di Goodison Park.

Jaringan itu diperoleh hasil kesilapan Nathan Petterson.

Gol kedua bagaimanapun hanya hadir enam minit selepas babak kedua bersambung. Pemain berusia 18 tahun, Evan Ferguson memukau pada penampilan pertamanya dalam Liga Perdana Inggeris apabila memastikan ledakannya menerjah jaring untuk gol kedua pelawat, pada minit ke-51.

Penyokong Everton mula membaling suar ke tengah padang selepas Brighton memperoleh gol keempat.

Pertahanan Everton bagai terlalu santai, memberi banyak ruang buat lawan bermain dalam zon pertahanan mereka dan ia membuka ruang buat Solomon March, yang menjaringkan gol ketiga Brighton pada minit ke-54.

Selang tiga minit selepas itu, hadir gol keempat pelawanan.

Hantaran lemah Gana Gueye berjaya dirampas Pascal Gross yang kemudian melakukan sungkitan menewaskan mempedaya penjaga gol Everton, Jordan Pickford.

Demarai Gray menjaringkan gol sagu hati Everton di laman sendiri pada perlawanan Liga Perdana Inggeris antara Everton dan Brighton di Goodison Park (Photo by Tony McArdle/Everton FC via Getty Images)

Penyokong Everton mula meninggalkan tempat duduk dan bertindak keluar dari stadium selain ada yang mula melontar suar api ke tengah padang sambil melaungkan ‘pecat ahli lembaga’ sebelum Demarai Gray menjaringkan gol sagu hati tuan rumah pada masa kecederaan. – Agensi