PELARI pecut sensasi negara,  Muhammad Azeem Fahmi lakar sejarah di bumi Amerika Syarikat apabila mencipta rekod kebangsaan dalam acara 60 meter (m) dalam dewan yang sebelum ini dipegang Watson Nyambek.

Azeem yang mewakili Universiti  Auburn (FR) melakukan 6.63 saat (s) di Kejohanan Texas Tech Open & Multi di Texas awal pagi tadi, sekali gus mengatasi rekod legenda Sarawak, Watson 6.66s yang sejak 24 tahun lalu.

Azeem mencipta rekod baru 60m, 6.63s pada separuh akhir Kejohanan Texas Tech Open & Multi di Texas, atasi rekod Watson Nymbek 6.66s.

Watson mecimpta rekod kebangsaan ketika menyertai Kejohanan Dunia di Maebashi, Jepun pada Mac 1999 dan selepas lebih dua dekad, catatan itu berjaya diatasi Azeem, kali ini di Amerika Syarikat.

“National record in semis just now LFG final after this !!!” tulis Azeem ringkas di Twitter miliknya.

Azeem Fahmi menduduki tempat kedua pada final Kejohanan Texas Tech Open & Multi di Texas.

Di awal kejohanan berkenaan, Azeem menamatkan pusingan kelayakan di tempat kelima dengan catatan 6.72s sebelum melakukan 6.63s di pusingan pertama untuk berada dalam senarai lapan peserta ke final.

Di acara final, Azeem melengkapkan larian dengan 6.65s manakala Micah Williams yang mewakili Oregon (SO) muncul pemenang, 6.49s. Tempat ketiga menjadi milik Rodnye Heath Jr dari Louisiana Tech (SO), 6.67s.