TEKA-TEKI ke manakah hala tuju pelari pecut negara, Muhammad Azeem Fahmi akan melanjutkan pelajaran, akhirnya terjawab apabila dia memilih untuk melanjutkan pelajaran di Universiti Auburn di Amerika Syarikat (AS).
Justeru, pemegang rekod kebangsaan 100 meter itu bukan sahaja akan melanjutkan pelajaran di sana malah boleh memantapkan lagi lariannya.
Hal itu diumumkan universiti terbabit menerusi ciapan di Twitter Auburn Track & Field yang mengalu-alukan penyertaan Azeem dengan catatan “Welcome home, Azeem Fahmi!”.

Universiti Auburn di Amerika Syarikat (AS) sahkan Azeem Fahmi diterima masuk ke sana.
Azeem menerusi Twitter rasminya juga mengesahkan perkara itu.
Atlet remaja kelahiran Perak itu mencipta sensasi di Kejohanan Olahraga Remaja Dunia di Colombia Ogos lalu, memuatnaik gambar bahawa dia sudah ditandatangani oleh Auburn yang mempertaruhkan pemenang pingat emas Sukan Olimpik dan pemegang rekod dunia, Leroy Burrell sebagai ketua jurulatih acara olahraga dan padang.
Sementara itu di Twitter, Burrell menulis mengalu-alukan kedatangan pelari pecut berusia 18 tahun itu.
Selepas meraih keputusan cemerlang 6A dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Azeem mencipta sensasi memecahkan rekod kebangsaan 100m dengan catatan 10.09 saat di Kejohanan Olahraga Dunia Bawah 20 Tahun di Colombia, Ogos lalu.

Aksi Azeem Fahmi di Cali, Colombia ketika mencipta rekod baru kebangsaan 100m.
Pencapaian itu menyaksikan dia menerima beberapa tawaran untuk melanjutkan pengajian dan mengembangkan kerjaya olahraganya di AS sebelum memilih Universiti Auburn.
Sejak semalam, Twitter rasmi Auburn Track & Field membuat ciapan mengesahkan ramai atlet remaja di seluruh dunia menyertai universiti terbabit
Sementara itu di Twitter, Burrell menulis mengalu-alukan kedatangan pelari pecut berusia 18 tahun itu.
“Membawa kelajuan turun ke daratan, kerana kelajuan adalah apa yang saya lakukan,” kata Burrell.