MUHAMMAD Azeem Fahmi akan beraksi di final 100 meter (m), Kejohanan Olahraga Asia (ATF) 2023, di Bangkok, Thailand, jam 7.50 petang waktu Malaysia, sebentar lagi.
Jaguh pecut negara itu layak ke final selepas menamatkan larian saringan pertama, di kedudukan kedua di belakang pelari Jepun, Ryuichiro Sakai, yang mencatat masa 10.23 saat (s).

Azeem akan berlari di lorong ketujuh, jam 7.50 petang ini.
Pada perlumbaan itu, Azeem mencatat masa 10.35s, sudah cukup mengiringi pelari Jepun itu ke final, bersama pelari China, Chen Jiapeng (10.38s).
Di final nanti, Azeem akan berlari di lorong ketujuh.
Turut ke final, pelari Jepun, Hiroki Yanagita yang mencatat masa paling pantas, 10.14s di separuh akhir.