ISTERI kepada pemain bola sepak kebangsaan Malaysia, Matthew Davies, Jenna Davies, telah menitipkan ucapan istimewa di Instagram bagi meraikan ulang tahun pertama perkahwinan mereka.
Dalam hantaran tersebut, Jenna meluahkan rasa syukur atas kehadiran cahaya mata pertama mereka, Beau Thomas Davies, yang lahir pada 22 Disember 2024, Kehadiran Beau telah melengkapkan kebahagiaan keluarga kecil itu.
“Setahun yang lalu saya berkahwin dengan kawan baik saya, Dalam janji saya pernah berkata bahawa saya tidak sabar untuk melihatnya menjadi ayah terbaik kepada anak-anak kami.
“Hari ini telah setahun kemudian, kami begitu bersyukur kerana Beau kini hadir dalam hidup kami.
“Awak adalah segala-galanya yang saya impikan, dan saya fikir mustahil untuk mencintai awak lebih lagi. Terima kasih untuk segalanya,” tulis Jenna yang dipetik daripada akaun Instagram miliknya.
Kini, Matthew Davies, yang juga merupakan pemain Johor Darul Ta’zim (JDT), jelas mempamerkan kebahagiaan di luar padang dengan kehadiran anak sulung mereka. Kehadiran ini menambahkan lagi semangat Davies dalam menjalani kehidupan sebagai seorang suami dan kini, seorang bapa.
Perkongsian ini mendapat perhatian ramai peminat bola sepak tempatan, yang turut mengucapkan tahniah kepada pasangan tersebut di ruangan komen.
Dengan perkembangan ini, Davies dijangka lebih bersemangat untuk membawa kejayaan dalam kerjaya bola sepaknya sambil menjalani peranan baharu sebagai seorang bapa.