PELARI pecut muda negara, Muhammad Azeem Fahmi menamatkan saingan final acara 100 meter (m) di Kejohanan Olahraga Remaja Dunia di Cali, Colombia di tempat kelima daripada, sebentar tadi.
Azeem, 18 mencatat 10.14 saat (s) pada saingan final yang berlangsung di Stadium Pascual Guerrero Olympic untuk memperbaiki catatannya dalam separuh akhir pada Selasa, 10.19s.
Atlet Botswana, Letsile Tebogo muncul juara dengan catatan 9.91s sementara tempat kedua dimenangi Bouwahjgie Nkrumie dari Jamaica, 10.02s dan ketiga milik Benjamin Richardson (Afrika Selatan) yang melakukan 10.12s.
Selepas ini, Azeem Fahmi akan beraksi untuk acara 200m yang dijadualkan berlangsung pada 12.25 pagi esok.
Dia berada di Heat 3.