KEKALAHAN di suku akhir Terbuka China hari ini, menjadi isyarat jelas bahawa masih banyak ruang perlu diperbaiki oleh beregu campuran negara, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei sebelum Kejohanan Dunia Ogos depan.
Kegagalan mengatasi pasangan bukan pilihan China, Guo Xin Wei-Chen Fang Hui ternyata mendedahkan kelemahan ketara gandingan itu yang tunduk 19-21, 15-21 dalam tempoh 43 minit.
“Kami perlu kembali ke gelanggang latihan dan baiki kelemahan, terutama dari segi membalas servis yang beri lawan banyak mata mudah,” kata Tang Jie kepada Peraekutuan Badminton Dunia (BWF).
Ee Wei turut mengakui kelemahan itu menyebabkan mereka hilang kawalan pada pukulan kedua dan membuka ruang kepada lawan melancarkan serangan tanpa tekanan.

Teoh Mei Xing-Go Pei Kee mempamerkan prestasi baik di Terbuka China.
“Keadaan berangin bukan alasan, semua pemain laluinya… kami perlu bertanggungjawab dan cari jalan untuk sesuaikan diri,” tegas Tang Jie.
Dalam pada itu, beregu wanita, Go Pei Kee-Teoh Mei Xing turut menamatkan cabaran di Changzhou apabila tunduk kepada satu lagi gandingan China, Jia Yi Fan-Zhang Shu Xian 7-21, 15-21 dalam masa 34 minit.