BARCELONA secara rasmi mengumumkan pemain terbarunya, Robert Lewandowski.

Penyerang yang sentiasa dahagakan gol itu ditebus dari Bayern Munich dengan nilai 50 juta Euro.

Pemain kebangsaan Poland itu mendapat kontrak selama empat tahun dan akan berusia 37 tahun di akhir kontraknya.

Barcelona juga menyediakan klausa penjualan sebanyak 500 juta Euro di dalam kontraknya.

Selepas kata putus dicapai dengan Bayern, Lewandowski terus terbang ke Miami, Amerika Syarikat pada Isnin lalu dan telah bertemu dengan rakan-rakan barunya.

Terdahulu, Lewandowski juga telah lulus ujian perubatan dan pemain yang telah menghasilkan 344 gol bersama Munchen itu diharapkan segera bergabung dengan kelab.