KETUA Pegawai Eksekutif Johor Darul Ta’zim (JDT) Alistair Edwards menjelaskan sebab utama barisan kejurulatihan baharu dari Argentina dibawa masuk adalah kerana JDT mahu berada pada satu lagi tahap yang lebih baik berbanding ketika ini.
Edwards juga berkata bahawa fokus utama JDT musim ini adalah kepada Liga Juara-Juara AFC (ACL) dan juga kejohanan tempatan dan atas sebab itu Dubai telah dipilih sekali lagi untuk menjadi pusat latihan pra musim mereka.
Bekas penyerang Johor era awal 90-an itu turut menyatakan sasaran JDT di ACL musim ini adalah untuk meningkatkan lagi persembahan dan cuba mengulangi kejayaan layak ke peringkat 16 terbaik.

“Sebelum ini kami memilih Thailand sebagai pusat latihan pra musim tetapi kami mencari lawan yang lebih kompetitif sebagai persiapan menghadapi ACL. Fokus utama kami musim ini adalah untuk melakukan yang terbaik di peringkat Asia. Kami ke Dubai kerana persainhan di sana cukup kuat dengan fasiliti yang hebat dan kami dapat menguji kesemua pemain kami sebelum musim bermula.
“Tekanan sentiasa ada di JDT kerana Tunku Mahkota Johor sentiasa mempunyai harapan yang tinggi buat kelab. Walaupun musim 2022 adalah musim terbaik kami setakat ini bukan hanya di pasukan utama tetapi juga pasukan JDT II, JDT III dan Akademi JDT, namun masih masih ruang untuk kami perbaiki sebagai satu pasukan.
“Atas sebab inilah barisan kejurulatihan baharu dibawa masuk kerana kami mahu menuju ke peringkat yang lebih baik. Kami mahu lakukan sesuatu yang lebih baik di ACL dengan membawakan barisan kejurulatihan yang turut terlibat dalam skuad kebangsaan Argentina dan ini menunjukkan aspirasi yang ada pada Tunku Ismail terhadap JDT,” katanya ketika ditemui di Anugerah Ikon Sukan Harian Metro.
Some shots from our new Manager & Head Coach's press conference today
More photos at https://t.co/bFECfbbuD2#Tano#EstebanSolari#LuaskanKuasamuJohor pic.twitter.com/GEe4tSnbaH
— JOHORSouthernTigers (@OfficialJohor) January 7, 2023
Harimau Selatan meletakkan sasaran untuk menjadi pasukan yang lebih baik dari tahun ke tahun. Selepas berjaya layak ke peringkat 16 terbaik ACL musim lalu kini mereka akan cuba meningkatkan prestasi untuk sekali lagi layak ke peringkat 16 terbaik dan akan melihat apa yang akan terjadi dari sana.
ARTIKEL BERKAITAN: Pemain JDT lapor diri minggu hadapan, umum lawan pra musim di Dubai
Johor Darul Ta’zim dinobatkan sebagai pemenang Ikon Sukan Persatuan/Kelab pada Anugerah Ikon Sukan Harian Metro sebagai tanda kejayaan merangkul empat trofi domestik selain kejayaan muncul pasukan Malaysia pertama layak ke pusingan 16 terbaik Liga Juara-Juara AFC.