PELUMBA Gresini Racing, Enea Bastianini muncul juara MotoGP Amerika Syarikat di Circuit of the Americas (COTA), Austin pada Isnin pagi.

Bermula dari kedudukan kelima, Enea Bastianini terus memacu jenteranya dan ketika melepasi 10 lap, dia berada kelompok tiga teratas, di belakang Jack Miller dan Jorge Martin.

“Hari yang fantastik, litar yang sukar. Miller memimpin dengan kelajuan tinggi, Rins juga sangat hampir dan banyak kali cuba memintas saya.

“Sungguh luar biasa menang di sini. Sekarang masa untuk makan hamburger…! ,” kata penunggang berusia 24 tahun itu dalam laman rasmi MotoGP.