FOTO : Muaither SC
PERTAHANAN pasukan kebangsaan Jordan, Yazan Al Arab menyertai Muaither SC dalam pusingan kedua Liga Qatar Stars musim 2023/24.
Yazan merupakan bekas pemain Selangor FC dalam Liga Super Malaysia tetapi dibatalkan kontrak kerana menendang pengadil dan digantung seumur hidup daripada beraksi untuk bola sepak Malaysia oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).
Sebelum ini, selepas berada di luar Malaysia, beliau berpindah ke kelab Al Shorta dalam Liga Iraq sebelum menyertai Piala Asia AFC 2023 bersama pasukan Jordan dan mencipta sejarah mara ke pusingan akhir buat kali pertama sebelum berakhir dengan tempat kedua.
يعلن نادي معيذر الرياضي عن اتمام اجراءات تعاقده رسمياً مع المدافع الدولي الأردني يزن العرب قادماً من صفوف نادي الشرطة العراقي .
وعبّر المدافع الاردني عن سعادته بانضمامه الى نادي معيذر وخوض تحدِ جديد في مسيرته الرياضية ، مؤكداً على بذل كل الجهد لتقديم أفضل مستوى مع معيذر وتحقيق كل… pic.twitter.com/TkTCvRZrFN— Muaither Sports Club (@muaither_sc) February 16, 2024
“Kelab Sukan Muaither mengumumkan prosedur rasmi kontraknya dengan pemain pertahanan antarabangsa Jordan Yazan Al-Arab.
“Pemain pertahanan Jordan itu melahirkan rasa gembiranya menyertai kelab Muaither dan menyahut cabaran baharu dalam karier sukannya, sambil menegaskan bahawa dia akan berusaha sedaya upaya untuk memberikan tahap terbaik bersama Muaither,” kata kenyataan rasmi kelab pada Jumaat.
Muaither SC ialah kelab baharu yang bermain dalam Expo Stars League atau liga peringkat pertama Qatar pada musim 2023/24 dan kini menghuni kedudukan ke-11.