Select Page

Bekas pemain legenda Kelantan Hashim Mustapha meninggal dunia

Bekas pemain legenda Kelantan Hashim Mustapha meninggal dunia

BEKAS penyerang legenda Kelantan Mohd Hashim Mustapha meninggal dunia 10.30 malam, Selasa.

Allahyarham menghembuskan nafas terakhirnya pada usia 56 tahun.

Penjaring terbanyak Liga Malaysia pada tahun 1983 ini dimasukkan ke Hospital Universiti Sains Malaysia (USM) beberapa hari lalu dan ditidurkan berikutan keadaan jantung yang tidak stabil.

Sebelum ini, pada 27 Oktober lalu Hashim telah mejalani pembedahan memotong kaki kirinya berikutan penyakit kencing manis.

Sebagai rekod, Hashim yang juga merupakan bekas pemain kebangsaan (1987-1994)  meneruskan kariernya sebagai jurulatih selepas bersara sebagai pemain.

Allahyarham pernah membimbing pasukan Bawah 21 Kelantan (2008), penolong jurulatih Kelantan (2010-2015), pasukan MOF (2015-2016), B-21 Kelantan (2016-2017) dan terakhir membimbing D’AR Wanderers (2017-2018).

Al-Fatihah

 

Video Terkini

Loading...