BEKAS pemain kebangsaan dan Terengganu era 70-an, Harun Jusoh telah menghembuskan nafas terakhirnya pada usia 75 tahun, petang Selasa selepas bertarung dengan penyakit radang sendi yang dialaminya sejak lima tahun lalu.
Sepanjang kariernya, Allahyarham pernah beraksi bersama skuad Harimau Malaya pada Sukan Olimpik Munich 1972, selain membantu skuad kebangsaan menjuarai Pestabola Merdeka 1973.
“Semoga Allah SWT merahmati rohnya, mengampuni segala dosanya dan menempatkannya dalam kalangan para solehin,” menurut kenyataan di Facebook Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM).
Untuk rekod, Allahyarham pernah menyertai Sukan SEA 1969 di Myanmar.
Allahyarham turut menyarung jersi Malaysia di Sukan Asia di Tehran, Iran pada 1974 dan meraih pingat gangsa dan m skuad membantu skuad negara mengalahkan Arsenal 2-0 pada 1975.