Select Page

Bolos satu gol… Solari tetap puas hati aksi pemain

Bolos satu gol… Solari tetap puas hati aksi pemain

KETUA Jurulatih dan Pengurus Johor Darul Ta’zim (JDT), Esteban Solari gembira dengan persembahan yang ditunjukkan barisan pemainnya meskipun akhirnya dibolosi selepas 339 minit permainan.

Dia juga berpuas hati dengan berjaya memberikan peluang kepada pemain-pemain muda untuk mendapatkan pengalaman dalam perlawanan yang berintensiti tinggi dalam Liga Super.

Solari juga memuji pemain naturalisasi baharu negara, Endrick Dos Santos yang baginya menunjukkan sikap yang baik bukan sahaja di dalam padang tetapi juga ketika sesi latihan.

Pengendali JDT, Esteban Solari

“Hari ini adalah cabaran yang baharu dan ianya sukar tetapi pemain beri persembahan yang baik dan saya gembira dengan kemenangan walaupun sukar untuk kekalkan intensiti.

“Apabila mempunyai peluang untuk memberikan peluang kepada pemain muda, saya akan gunakan mereka untuk memberikan pengalaman dan saya gembira dengan semua pemain muda yang telah beraksi.

“Saya sentiasa mahukan yang terbaik daripada setiap pemain. Walaupun bolos tetapi itu adalah bola sepak dan ianya bagus untuk melakukan kesilapan kerana ini akan tingkatkan lagi tahap kewaspadaan kami dan kami akan perbaiki apa yang patut,” katanya dalam sidang media selepas perlawanan.

Adam Farhan Faizal

Sementara itu, pengendali Kelantan FC, Choi Moon Sik pula berkata gol awal yang dilepaskan mereka menjejaskan moral pemain dan selepas ketinggalan tiga gol pada babak pertama, segalanya menjadi sukar buat mereka.

Kegagalan pemain mengekalkan rentak permainan ketika menyerang dan bertahan menyebabkan mereka sukar melakukan transisi untuk menghalang pemain JDT yang baginya mempunyai kemampuan teknikal yang sangat bagus.

 

Video Terkini

Loading...