JAGUH badminton paralimpik negara, Cheah Liek Hou mempertahankan gelaran Kejohanan Para Badminton Antarabangsa Bahrain, di Manama pada Selasa.
Kejayaan itu hadir selepas membolot acara perseorangan menewaskan Suryo Nugroho dari Indonesia dan beregu lelaki berpasangan dengan Muhammad Fareez Anuar untuk kategori Standing Upper (SU5).
“Dapat pertahankan gelaran di sini. Minggu lepas tak dapat perform di Thailand dan minggu ini pula kita kasi gegar di negara Bahrain.
“Terima kasih kepada semua yang menyokong saya. Saya akan pulang ke tanah air esok (hari ini) dan kembali ke latihan untuk persediaan pertandingan yang seterusnya,” katanya.
Sementara itu, rakan senegara, Mohd Amin Burhanuddin memenangi kejuaraan antarabangsa pertamanya menewaskan Suhas Yathiraj dari India dalam kategori Standing Lower (SL4).
Ia juga merupakan final perseorangan pertama dalam kerjayanya.
Mohd Amin yang merupakan bintang badminton paralimpik Labuan mengharungi prestasi hebat di Bahrain dengan rekod semua kemenangan dalam kumpulannya, diikuti dengan kemenangan ke atas Tarun Tarun dalam Pusingan 32, Shin Kyung Hwan (suku akhir) dan Fredy Setiawan (separuh akhir).