BEKAS pemain badminton No.2 dunia, Kenneth Jonassen dilantik sebagai Ketua Jurulatih Perseorangan negara yang baharu berkuatkuasa 4 Januari 2025.
Persatuan Badminton Malaysia (BAM) mengumumkan pelantikan jurulatih kelahiran Denmark itu pada Sabtu.
Jonassen,50, mempunyai rekod prestasi yang terbukti, telah memainkan peranan penting dalam membentuk legasi badminton Denmark selama 13 tahun sebagai jurulatih.
Sebelum ini, dia juga pernah berkhidmat sebagai ketua jurulatih untuk England.
Sepanjang bergelar pemain, Jonessen memenangi gelaran berprestij seperti Terbuka Jerman, Korea, Belanda dan Singapura.
Sebagai sebahagian daripada peranannya, Jonassen akan bekerjasama rapat dengan Rexy Mainaky untuk merangka pelan pembangunan jangka panjang untuk program perseorangan Malaysia.