CHELSEA dikhabarkan telah membuat tawaran 112 juta pound (RM593 juta) kepada Benfica untuk mendapatkan tandatangan Enzo Fernandez.

Jumlah bayaran yang ditawarkan itu melebihi klausa pembelian pemain tengah itu yang dianggarkan bernilai 106 juta pound (RM561 juta) tetapi akan dibayar dalam tiga ansuran sebanyak 37.3 juta pound (RM195 juta) dalam tempoh tiga tahun.

Formatnya serupa dengan perjanjian yang dibina oleh Atletico Madrid untuk membeli Joao Felix dari Benfica pada 2019.

Rundingan lanjut akan dilakukan lewat hari ini untuk memutuskan sama ada menerima struktur tawaran Chelsea mahupun sebaliknya.

Perjanjian itu akan menjadikan pemain muda berpotensi Piala Dunia 2022, Fernandez sebagai pemain yang paling mahal dalam sejarah Liga Perdana.