BINTANG bola sepak Al-Nassr, Cristiano Ronaldo gembira kerana berjaya mencipta gol pertamanya dalam Liga Juara-Juara Asia (ACL) semasa perlawanan menentang Istiklol FC pada Isnin semalam dengan keputusan 3-1.
Pemain legenda ini membantu untuk memberi kemenangan buat pasukan di bawah kendalian Luis Castro untuk mengekalkan kedudukan terbaik mereka dalam Kumpulan E.
Dalam satu siaran yang dimuat naiknya pada halaman rasmi media sosialnya, Ronaldo memberi reaksi terhadap kemenangan yang diraih dengan memuji pasukannya yang telah bertungkus lumus dalam setiap permainan sekali gus meluahkan kegembiraan atas gol pertama peribadinya bagi saingan liga tertinggi AFC.
Good game from everyone on the team!
Happy to have scored my 1st #ACL champions league goal!💪🏼⚽️
We keep wining!💙💛 pic.twitter.com/cz5U1saxYd— Cristiano Ronaldo (@Cristiano) October 2, 2023
Ronaldo yang meneruskan rentak cemerlang dalam setiap aksi kini telah memiliki 11 gol dan enam bantuan dalam 10 perlawanan yang ditempuh bersama Al-Nassr.
Sementara itu, untuk rekod Ronaldo tahun ini telah meninggalkan pasukan Eropah pada bulan Januari untuk Saudi Pro League selepas menjadi ikon Liga Juara-Juara Eropah dan dia juga merupakan pencetak gol terbanyak sepanjang dalam perlawanan itu dengan 140 gol untuk pasukan Real Madrid dan Manchester United.
Namun, ikon Portugal ini mungkin sedang mengejar satu rekod gol yang baru dalam ACL dan telah membuka tirai jaringannya dengan baik pada perlawanan menentang Istiklol.
Ronaldo telah membuktikan kehebatannya dengan memenangi gelaran di England, Sepanyol, Itali dan meraih lima trofi Liga Juara-Juara bahkan dia juga pemain pertama yang berjaya mencapai kecemerlangan pada peringkat ini.