KELAB Kuala Lumpur City (KL City) bersedia menghidupkan semula aura ‘The City Boys’ dalamkancah Liga Super 2025/2026 apabila menerima suntikan dana tambahan daripada penaja utama, yang dijangka mampu menjadikan pasukan ini lebih ampuh dan berdaya saing. Presiden Persatuan Bola Sepak Kuala Lumpur (KLFA), Syed Yazid Syed Omar mendedahkan bahawa kehadiran penaja itu bukan sahaja menyelamatkan struktur gaji pemain, tetapi juga membuka ruang buat KL City mencabar dominasi Johor Darul Ta’zim (JDT).

Menurut Syed Yazid, kenyataan Setiausaha Agung KLFA, Datuk Kamaruddin Hassan bahawa bajet gaji pemain yang ditanggung KLFA hanya antara RM5,000 hingga RM20,000 adalah benar, namun kekangan itu tidak membantutkan perancangan pasukan. “Jika ada gajipemain yang melebihi RM20,000, selebihnya ditanggung oleh penaja. Kami mahu KL City lebih kompetitif, dan mampu beri saingan hebat kepada JDT,” tegasnya.

Musim depan, KL City bakal dikendalikan jurulatih kelahiran Serbia, Risto Vidakovic yang merupakan jurulatih yag cukup sinonim dengan bola sepak Asia Tenggara selepas mengendaikan pasukan seperti Ceres Negros dan Lion City Sailors.

Musim depan, KL City bakal dikendalikan jurulatih kelahiran Serbia, Risto Vidakovic yang merupakan jurulatih yag cukup sinonim dengan bola sepak Asia Tenggara

Dengan reputasi Risto dan kepercayaan yang diberi, KL City kini dilihat serius untuk membentuk skuad yang bukan sekadar pelengkap liga. “Kami yakin beliau boleh membawa KL City ke aras yang lebih tinggi,” tambah Syed Yazid penuh harapan.

Dari segi pemain, gabungan tenaga lama dan muka baharu dijangka menghidupkan semula semangat juang dalam skuad warga kota. Nama-nama penting seperti Giancarlo Gallifuoco, Zhafri Yahya dan Paulo Josue kekal, memberikan kestabilan di jentera tengah dan pertahanan.

Lebih menarik, KL City tidak berhenti setakat itu sahaja. Penambahan pemain berprofil tinggi seperti Safawi Rasid, Adam Norazlin dan Fadhli Shas menjadikan skuad ini semakin lengkap dari segenap aspek. Ketiga-tiganya memiliki pengalaman luas di peringkat tertinggi dan dijangka menjadi tunjang kepada kebangkitan KL City musim ini.

Nama-nama penting seperti Giancarlo Gallifuoco, Zhafri Yahya dan Paulo Josue kekal, memberikan kestabilan di jentera tengah dan pertahanan.

Turut diumumkan, KL City telah berjaya mendapatkan khidmat penyerang antarabangsa Timor Leste, Joao Pedro yang pernah mencuri tumpuan dalam Piala ASEAN sebelum ini. Dengan kebolehan menjaringkan gol dan kelincahannya di bahagian serangan, Joao Pedro boleh menjadi elemen kejutan buat pasukan lawan.

“Safawi, Adam, Fadhli, dan Joao Pedro akan memberi nafas baru buat KL City. Saya percaya dengan keseimbangan dalam pasukan ini, musim 2025/2026 adalah peluang terbaik kami untuk melangkah lebih jauh, bukan sekadar sasaran suku akhir Piala FA atau Piala Malaysia, tapi mungkin lebih daripada itu,” ujar Syed Yazid penuh semangat.