TONGGAK tengah Harimau Malaya, Stuart Wilkin akui berbangga dapat menyarung jersi skuad negara dan membantu pasukan melepasi peringkat kumpulan yang sebelum itu langsung tidak diberikan sebarang harapan.
Stuart Wilkin, 24 antara tonggak utama skuad kendalian Kim Pan-gon dalam saingan Piala AFF Mitsubishi Electric 2022 yang tewas 1-3 secara agregat kepada Thailand di separuh akhir.
“Perjalanan yang menakjubkan beberapa minggu lalu dengan kumpulan orang istimewa dan seluruh negara di belakang kami.
“Terima kasih semua atas sokongan yang tidak berkesudahan, ia adalah satu penghormatan untuk memakai baju (kebangsaan) dan bermain untuk lencana,” kata pemain kelahiran Woking, England itu.
Terdahulu, Pengerusi Kelab Port FC, Nualphan Lamsam mendedahkan berminat dengan Stuart Wilkin untuk beraksi bersama kelabnya di Thailand.
ARTIKEL BERKAITAN : Madam Pang ‘idam’ Stuart Wilkin dan Darren Lok
An amazing journey these past weeks with a special group of people & the whole nation behind us. Thank you all for the endless support, it was an honour to wear the shirt & play for the badge 💛🖤🇲🇾 pic.twitter.com/n3lj4jOOpe
— Stuart Wilkin (@stuwilkin) January 12, 2023
Prestasi Stuart Wilkin dalam kempen Piala AFF 2022 amat memberangsangkan apabila bekas pemain Johor Darul Ta’zim II ini meledak dua gol membantu kemenangan Harimau Malaya mengatasi Singapura 4-1 pada aksi terakhir peringkat Kumpulan B yang lepas.
Namun, impian penyokong untuk melihat pasukan kendalian Pan-gon menamatkan badi 12 tahun menjulang Piala AFF berkecai selepas Malaysia tewas di separuh akhir.