FOTO : YAKEB

PEMINAT bola sepak tanah air diharap dapat mendoakan kesihatan dan kesejahteraan buat legenda bola sepak tanah air, Khalid Ali disahkan menghidap barah paru-paru.

Menerusi perkongsian di Twitter Yayasan Kebajikan Atlet Kebangsaan (Yakeb), kanser itu dikesan selepas Khalid mula mengalami gejala batuk tanpa henti sebelum mengatur pertemuan dengan pakar perubatan bagi memastikan tiada yang serius.

Khalid, 65, yang pernah membantu skuad Harimau Malaya layak ke Sukan Olimpik 1980 di bawa ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) bagi mendapatkan rawatan selepas sukar bernafas.

Namun, selepas pemeriksaan lanjut mendapati ada sedikit pendarahan di bahagian paru-parunya, dan pemeriksaan lanjut sudah dilakukan dengan keputusan akhir akan diketahui pada 10 April ini.

Difahamkan, Pengerusi Yakeb, Datuk Noorul Ariffin Abdul Majeed memberitahu pihaknya akan menanggung segala keperluan diperlukan Khalid sepanjang rawatan di PPUM.

FLASH SUKAN memohon jasa baik semua peminat bola sepak tanah air untuk sama sama mendoakan agar beliau dikurniakan kekuatan dan kesembuhan.