PRESIDEN Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA), Gianni Infantino berjanji untuk menjadikan teknologi video bantuan pengadil (VAR) lebih mudah diakses oleh semua persatuan ahlinya.

Beliau berkata, ia termasuk memperkenalkan program untuk membolehkan pelaksanaan VAR secara universal, merentasi permainan global.

“Kami telah memperkenalkan VAR di lebih 100 negara di seluruh dunia, dan tidak lama lagi kami akan memperkenalkan ‘VAR Light’ dengan sekitar empat kamera untuk membolehkan mereka yang kurang kemampuan menggunakan VAR.

“Kami juga sedang mengusahakan tahap terakhir sokongan VAR, dengan sekurang-kurangnya satu kamera yang mempunyai bantuan video kecil untuk pengadil,” katanya.