Select Page

Everton pecat Lampard

Everton pecat Lampard

SELEPAS hampir lapan bulan membimbing Everton bergelut daripada zon penyingkiran, Frank Lampard akhirnya dipecat susulan prestasi hambar dipamerkan skuad.

Kekalahan Everton 0-2 kepada West Ham Sabtu lalu adalah kekalahan kesembilan dalam 12 aksi Liga Perdana Inggeris yang meletakkan mereka pada kutipan mata sama dengan pasukan tercorot, Southampton.

Lampard menggantikan Rafael Benitez pada Januari 2022, tetapi bekas bos Chelsea itu terpaksa meninggalkan pasukan yang kini berada di tangga ke-19 liga.

Pemilik Everton, Farhad Moshiri sebelum ini memberikan sokongan terhadap Lampard, namun kekalahan di West Ham sudah cukup untuk membuatkan legenda Chelsea itu dipecat.

“Everton Football Club boleh mengesahkan yang Frank Lampard meletakkan jawatannya sebagai pengendali pasukan utama lelaki hari ini.

“Semua di Everton mengucapkan terima kasih kepada Frank dan barisan kejurulatihannya di atas perkhidmatan mereka sepanjang 12 bulan lalu.

“Dedikasi dan komitmen Frank serta pasukannya sangat memberangsangkan sepanjang kehadiran mereka di kelab, tetapi keputusan perlawanan dan kedudukan dalam liga memaksa kami membuat keputusan sukar ini.

“Kelab sudah memulakan proses mendapatkan pengendali baharu dan akan memaklumkannya dalam masa terdekat,” ujar kenyataan kelab.

Buat sementara waktu Paul Tait dan Leighton Baines akan mengendali sesi latihan dengan Everton akan bertemu pendahulu liga, Arsenal pada 4 Februari ini.

Video Terkini

Loading...