Select Page

Novak Djokovic masih enggan ambil vaksin Covid, mungkin terlepas aksi Grand Slam Terbuka AS

Novak Djokovic masih enggan ambil vaksin Covid, mungkin terlepas aksi Grand Slam Terbuka AS

NOVAK Djokovic boleh menamatkan tahun ini sebagai pemain nombor satu dunia namun agak memalukan peluangnya itu mungkin terjejas kerana tidak dibenarkan beraksi pada kejohanan yang berlangsung di Amerika Syarikat (AS) gara-gara statusnya yang tidak pernah pernah mengambil suntikan vaksin.

Hal itu ditegaskan Pengarah Kejohanan Indian Wells, Tommy Haas, selepas Djokovic berterusan menolak pengambilan vaksin Covid19.

Pada tahun lalu, Djokovic terlepas saingan Terbuka Australia selepas diusir keluar dari negara itu kerana bersikap anti vaksin. Malah visa tiga tahun yang diberi kepadanya, ditarik balik pada November, namun kali ini berjaya beraksi di kejohanan Grand Slam itu untuk memburu kejuaraan ke-10 serta ke-22 kejohanan major.

Bagaimanapun, bintang Serbia itu tidak dibenarkan berkunjung ke New York unt uk Terbuka AS 2022 tanpat bukti sudah divaksin, alasan sama yang memaksanya tidak menyertai ATP 1000 di Indian Wellss dan Miami awal tahun lalu.

Pihak berkuasa Ass pada awal buan ini mengumumkan, semua kemasukan pelawat menerusi penerbangan diwajibkan memilikibukti sudah divaksin Covid yang akan berkuatkuasa sehingag 10 April, sekali gus mengesahkan Djokovic tidak dapat mengambil bahagian di Indian Wells dan Miami.

Novak Djokovic ketika menjulang trofi kejuaraan Terbuka AS 2015. Bintang Serbia itu menewaskan Roger Federer d ari Switzerland, sekali gus menjulang trofi itu buat kali kedua. – Pix Agensi

Haas yang juga bekas pemain nombor dua dunia berkata, beliau berharap peraturan itu akan dilonggarkan tidak lama lagi, bagi membolehkan Djokovic mengambil bahagian dalam kejohanan di AS.

“Jika Djokovic kekal sihat, saya tidak nampak mengapa dia tidak boleh menjadi pemain nombor satu dunia,” kata Haas pada sidang media di Melbourne.

“Amat ketara satu masalah utama menyebabkan dia tidak dapat datang ke AS dan beraksi di Indian Wells serta Miami kerana peraturan itu hanya akan ditarik balik pada pertengahan April.

“Seronoknya jika melihat dia menjulang trofi dan bermain di Indian Wells dan Miami. Saya rasa, dia mahu bermain jadi kami perlu memberinya peluang.

“Maksud saya, amat memalukan jika dia tidak dibenarkan tampil pada kejohanan ini (Terbuka AS).”

Dalam pada itu, Haas berkata, pihak penganjur Indian Welss akan melakuakn segala-gala yang mampu untuk membantuk Djokovic beraksi.

Terbuka AS di Indian Wells akan bermula 8-19 Mac manakala Terbuka Miami pula pada 22 Mac – 2 April.

Sebelum ini, pemian berusia 35 tahun itu pernah membuat kenyataan dia mungkin terlepas aksi Grand Slam kerana tidak mengambil suntikan vaksin Covid. -Reuters

Video Terkini

Loading...