KESEMUA pemain dan penyokong yang hadir ke Stadium Sultan Ibrahim untuk aksi Liga Super antara Johor Darul Ta’zim (JDT) dan Negeri Sembilan FC terpegun apabila melihat ‘full suit army‘ menjaga keselamatan mereka.
Anggota elit dari Johor Military Force (JMF) telah ditugaskan sebagai anggota keselamatan bagi menjamin keselamatan selepas beberapa insiden yang kurang senang berlaku kepada pemain bola sepak dan juga negara.
Mereka terlihat segak dan bergaya serta dalam keadaan yang sentiasa bersedia untuk menghadapi apa juga masalah selain mengawal rapi pergerakan Pemangku Sultan Johor, DYAM Tunku Mahkota Ismail yang turut berada di stadium.

Anggota-anggota elit JMF di Stadium Sultan Ibrahim
Anggota-anggota elit ini turut dibantu Unit Simpanan Persekutuan (FRU), pihak polis dan juga marshall stadium bagi memastikan kelancaran dan keselesaan penyokong menonton perlawanan dengan perasaan yang tenang dan gembira.
Para penyokong pelawat yang hadir juga diberikan laluan khas hingga ke tempat duduk yang membuktikan tidak ada isu keselamatan di Stadium Sultan Ibrahim seperti yang diperkatakan.
Langkah peningkatan keselamatan oleh JDT perlu diberikan perhatian dan dicontohi semua kelab yang bertanding bagi memastikan perkara-perkara tidak diingini dapat dielakkan sekali gus menyokong kempen Football Love Peace yang dianjurkan Malaysian Football League (MFL).