SKUAD futsal wanita Universiti Malaya (UM) mengesahkan gelaran apabila membelasah Universiti Putra Malaysia (UPM) 8-1 dalam saingan akhir liga sepusingan Sukan Institusi Pengajian Tinggi (SUKIPT) 2022 di Arena Universiti Pendidikan Sultan Idris Shah (UPSI) pada Ahad.

Pingat perak diraih Universiti Teknologi Mara (UiTM) dan gangsa Kolej Poly-Tech Mara (KPTM).

Sebagai rekod, skuad futsal wanita UM mengumpul 12 mata selepas lima perlawanan untuk melayakkan pasukan yang dikendalikan oleh Farhanah Abdullah meraih emas.