JURULATIH Napoli, Antonio Conte memuji prestasi dipamerkan Romelu Lukaku dengan menyifatkan penyerang itu sebagai tonggak utama buat pasukan mencapai kejayaan pada musim ini.
Lukaku menyertai Napoli selepas bekas pengendali Inter Milan dan Chelsea, Conte, mengenalpasti dirinya sebagai sasaran pada pemindahan pemain.
Penyerang dari Belgium itu mempamerkan prestasi memberangsangkan ketika pasukan meraih kemenangan 4-0 ke atas Cagliari – meledak satu gol dan membantu dua jaringan kelab sekali gus membenarkan Napoli kini berada di kedudukan pertama dalam carta Serie A.
“Saya sentiasa katakan, saya mahukan Romelu di Inter Milan, juga mahu mendapatkannya di Chelsea sebelum dia ke Manchester United, kerana dia seorang penyerang yang tidak tipikal,” kata Conte.
“Dia seorang yang tinggi dan mempunyai kekuatan fizikal dan juga mempunyai kelajuan. Dia berada dalam kondisi yang menghampiri optimum tetapi dia sangat penting buat kami.”
“Kami bermula dengan baik, gangguan bunga api dan balingan objek mengganggu momentum kami, kemudian di babak kedua kami dapat melihat apa yang perlu dilakukan dengan lebih baik,” katanya.
“Kami perlu terus mempamerkan peningkatan di seluruh padang, sentiasa fokus kerana itulah yang kamu perlukan dalam Serie A,” katanya.