PELUMBA Red Bull, Max Verstappen kembali ke tangga teratas podium apabila muncul juara Grand Prix Azerbaijan yang menyaksikan kedua-dua jentera Ferrari mengalami kerosakan mekanikal.
Tempat kedua menjadi milik Sergio Perez untuk melengkapkan penguasaan Red Bull manakala pelumba Mercedes, George Russell dan Lewis Hamilton menduduki tempat ketiga dan keempat.
Malang buat Ferrari apabila Charles Leclerc yang bermula dari petak hadapan kehilangan pendahuluan pada selekoh pertama sebelum terkeluar dari perlumbaan pada pusingan ke-19 dengan teman sepasukan, Carlos Sainz juga terkeluar 10 pusingan lebih awal.
Dengan kemenangan ini Verstappen berjaya menjarakkan lagi kedudukan pendahulu keseluruhan kepada 21 mata selepas tamat lapan perlumbaan musim ini tetapi kali ini kepada Sergio Perez dan Charles Leclerc kini ketiga.
Melengkapkan 10 tempat teratas adalah Pierre Gasly, Sebastian Vettel, Fernando Alonso, Daniel Riccardo, Lando Norris dan Esteban Ocon dalam perlumbaan yang menyaksikan empat pelumba gagal menamatkan perlumbaan.
“Hari ini jentera kami mempunyai kelajuan yang luar biasa. Saya gembira secara keseluruhan dengan keseimbangan kereta dan untuk menamatkan perlumbaan 1-2 sebagai satu pasukan ianya adalah hari yang baik buat kami,” jelas Verstappen yang gembira dengan kemenangan kelimanya musim ini.
Perlumbaan seterusnya akan berlangsung di Grand Prix Canada minggu hadapan dengan Ferrari pastinya mahu bangkit dari kekecewaan di Baku ini.
Keputusan Penuh Grand Prix Azerbaijan
1. Max Verstappen – Red Bull
2. Sergio Perez – Ferrari
3. George Russell – Mercedes
4. Lewis Hamilton – Mercedes
5. Pierre Gasly – Alpha Tauri
6. Sebastian Vettel – Aston Martin
7. Fernando Alonso – Alpine
8. Daniel Riccardo – McLaren
9. Lando Norris – McLaren
10. Esteban Ocon – Alpine
11. Valtteri Bottas – Alfa Romeo
12. Alexander Albon – Williams
13. Yuki Tsunoda – Alpha Tauri
14. Mick Schumacher – Haas
15. Nicolas Latifi – Williams
16. Lance Stroll – Aston Martin
17. Kevin Magnussen – Haas
18. Guanyu Zhou – Alfa Romeo
19. Charles Leclerc – Ferrari
20. Carlos Sainz – Ferrari
Kedudukan Pemandu Selepas Grand Prix Azerbaijan (10 teratas)
1. Max Verstappen – 150 mata
2. Sergio Perez – 129 mata
3. Charles Leclerc – 116 mata
4. George Russell – 99 mata
5. Carlos Sainz – 83 mata
6. Lewis Hamilton – 62 mata
7. Lando Norris – 50 mata
8. Valtteri Bottas – 40 mata
9. Esteban Ocon – 31 mata
10. Pierre Gasly – 16 mata
Kedudukan Pengeluar Selepas GP Azerbaijan
1. Red Bull Racing – 279 mata
2. Ferrari – 199 mata
3. Mercedes – 161 mata
4. McLaren – 65 mata
5. Alfa Romeo – 47 mata
6. Alpine – 41 mata
7. Alpha Tauri – 27 mata
8. Haas – 15 mata
9. Aston Martin – 15 mata
10. Williams – 3 mata