MENYERTAI aktiviti sukan bukan sahaja dapat membantu menjaga kesihatan fizikal dan mental kalangan pekerja.

Malah, ia mengajar nilai kerjasama antara pasukan, memupuk semangat bermasyarakat serta mengasah kemahiran berkomunikasi dengan baik.

Bagi tujuan itu, kolaborasi antara Aeon Big dan Bubbles O2 (Business Partner SME Malaysia) dicetuskan untuk mengajak masyarakat supaya bersukan dan pada masa sama memupuk nilai-nilai murni dalam diri sesama staf.

Pengarah Urusan AEON Big (M) Sdn. Bhd., Sheikh Farouk Sheikh Mohamed berkata hanya sukan dapat menyatukan semua pihak, agama, bangsa dan tidak kira posisi dalam syarikat.

“Menerusi aktiviti ini semangat berpasukan dan motivasi untuk pekerja bertambah baik sekali gus membina karakter untuk semua pekerja dan kemahiran kepimpinan,” katanya.

Sebanyak empat kategori diadakan iaitu badminton campuran, futsal lelaki, bola jaring wanita dan bola tampar campuran berlangsung penuh meriah dan sifat kenegaraan yang menebal kalangan peserta.

Karnival yang melibatkan semua 21 cawangan seluruh negara berlangsung awal dua hari lepas kerana kesibukan para peruncit dan store sekiranya dijalankan pada hujung minggu.